Social Icons

Featured Posts

Thursday, October 31, 2019

Pertandingan Video Pendek 3 Nilai Anjuran UTUSAN ONLINE #hormat



Video "Hormat-menghormati Antara Kaum" ini dihasilkan oleh Kumpulan Dinamik daripada SMK Taman Desa Skudai, Johor Bahru. Ahli Kumpulan Dinamik terdiri daripada Jaranya A/P Chandran (4UKM), Suwethini A/P Chandran (3RK) dan Nur Fateha Binti Yusri (4UIAM).

Video ini memaparkan tentang kepentingan sikap hormat-menghormati antara kaum. Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan budaya yang hidup harmoni. Keamanan negara yang kita kecapi hari ini adalah disebabkan sikap hormat-menghormati  antara satu kaum dengan kaum yang lain. Simbolik kepada perpaduan kaum boleh dizahirkan menerusi sikap hormat yang menjadi teras perpaduan. Sikap hormat sesama kaum lain perlu diperkasakan dan diterap agar menjadi contoh kepada generasi akan datang demi mengekalkan keharmonian hubungan antara kaum. Nilai hormat-menghormati tidak boleh dipandang remeh kerana nilai ini merupakan satu keunikan yang menjadi kebanggaan masyarakat majmuk Malaysia.

#hormat #utusanonline #pertandinganvideopendeknilai

Saturday, August 31, 2019

Pertandingan Video Pendek 3 Nilai Anjuran UTUSAN ONLINE #sayang


Video "Kasih Sayang Seorang Sahabat Sejati" ini dihasilkan oleh Kumpulan Dinamik daripada SMK Taman Desa Skudai, Johor Bahru. Ahli Kumpulan Dinamik terdiri daripada Jaranya A/P Chandran (4UKM), Suwethini A/P Chandran (3RK) dan Toh Jia Yan (4UPM).

Video ini memaparkan tentang erti sebenar kasih sayang seorang sahabat sejati. Sahabat sejati merupakan anugerah terindah dalam hidup kita. Sahabat sejati akan menjadi teman di saat kita susah mahupun senang. Seorang sahabat sejati akan membantu meringankan permasalahan kita. Secara kesimpulannya, kasih sayang seorang sahabat sejati yang tulus dan ikhlas dapat membantu kita mencari penyelesaian dalam kehidupan.

#sayang #utusanonline #pertandinganvideopendeknilai

Saturday, August 27, 2011

Salam Aidilfitri

Credit Picture : Google search

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada semua kenalan, anak-anak didik, rakan-rakan guru dan pengunjung blog "Belajar Buat Blog Sendiri" tidak kira di mana jua anda berada,

Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf kiranya ada salah dan silap. Semoga Aidilfitri yang bakal menjelang tiba akan memberi seribu rahmat buat kita semua.

Pada anak-anak didik yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM, manfaatkanlah masa cuti yang ada dengan penuh hikmah kerana perjuangan anda masih belum selesai.

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Wassalam.





Friday, December 10, 2010

Wednesday, January 27, 2010

20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)


Lencana 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2010




SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)


Berikut adalah sekolah-sekolah yang telah disenaraikan sebagai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Sekolah Berasrama Penuh:
• Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
• Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
• Kolej Melayu Kuala Kangsar
• Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
• Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
• Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
• Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
• Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
• Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
• SMS Muzaffar Syah (Melaka)


Sekolah Menengah Harian:
• Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
• SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
• SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
• SMK (P) St George (Pulau Pinang)


Sekolah Rendah:
• Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
• SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
• SK Bukit Damansara (KL)
• SK Zainab (2) (Kota Bharu)
• SK Convent Kota (Taiping)
• SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)

Sekolah diberi autonomi:
- Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
- Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
- Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
- Memanjangkan waktu persekolahan.
- Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
- Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
- Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
- Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
- Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
- Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
- Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
- Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.

Kriteria pemilihan SBT :
- Pencapaian akademik yang cemerlang.
- Melahirkan personaliti unggul.
- Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
- Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
- Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
- Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.

Sumber ini dipetik dari :
Berita Harian online.
Untuk membaca petikan berita, sila klik di sini.


Tahniah dan syabas kepada Kumpulan pertama Sekolah Berprestasi Tinggi.

Semoga semua sekolah ini menjadi “benchmark” untuk sekolah-sekolah lain di Malaysia.

Tuesday, December 29, 2009

Blog Widget by LinkWithin

Followers


Welcome

Iklan

 
Blogger Templates